PEMBERIAN VAKSINASI REMAJA
Pemberian vaksinasi remaja secara berjadual di 156 PPV Awam, Integrasi dan sekolah telah bermula pada 23 September 2021. Melalui pendekatan ini, pemberian vaksinasi secara walk-in hanya dibenarkan untuk remaja yang tidak bersekolah, remaja sedang belajar di IPTA/IPTS dan remaja yang ‘home schooling’.
Pihak pengurusan sekolah melalui guru akan memaklumkan jadual vaksinasi mengikut giliran sekolah kepada ibu, bapa atau penjaga.
Ibu bapa atau penjaga mestilah membawa remaja mengikut tarikh janji temu yang ditetapkan. Kaedah vaksinasi berjadual dilakukan bagi mengelakkan daripada berlakunya kesesakan dan kluster jangkitan COVID-19.
Bagi murid sekolah berasrama penuh dan harian, janji temu akan diberikan melalui aplikasi MySejahtera di mana remaja akan divaksinkan di sekolah atau PPV berdekatan tempat tinggal mereka. Tunggu sehingga janji temu diberikan di dalam MySejahtera.
Rujuk infografik dibawah untuk memudahkan panduan anda.
Sebarang kenyataan rasmi atau maklumat sahih boleh dirujuk melalui:
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan
JKJAV
#COVID19 #LindungDiriLindungSemua